Thursday, September 3, 2009

Puisiku II

Kasih dan SaYang.....LoVe and Cinta
Kasih dan Sayang
Elemen kehidupan yang sangat penting
Tapi sering diabaikan
Kekeliruan sering berlaku apabila
kasih pada keluarga di bentuk dengan keganasan rumah tangga
Penderaan kanak-kanak
Pengabaian ibu bapa.

Love dan Cinta
Sering DiUcap tatkala ikatan
Belum disimpul
Sering Dilupa tatkala ikatan
sudah kukuh Kerana
Memiliki tidak perlu di lindungi..
Menanam tidak perlu dibaja....adakah begitu

Limpahkan kasih setulusnya
Kepada yang bergelar insan
Tua,muda,saudara dan seteru

Luahkan sayang setiap masa
Kerana masa yang mendatang
Belum tentu kita sempat merasa

Rasa cinta hanya untuk Yang Esa
Kerana hanya Dia bersama kita
Di kala susah dan senang
Derita dan Bahagia
Gundah dan Gembira

Semai lah rasa kasih dan sayang
Agar rasa cinta akan terus berkekalan














Tuesday, September 1, 2009

Puisiku I

Tiba - tiba terasa nak tulis puisi..heheheh..bear with me ya...i know its broken Puisi..tapi teringin nak tulis jugak... :-D

Sepi

Sepi
Sering datang menerpa
Di saat aku sendirian
Mengenang kisah silam yang menggamit masa depan

Sunyi
Menyelubungi diri
Tatkala hari melabuhkan tirai senja
Di waktu dinihari mula menyerlahkan fajarnya

Namun
Semua itu hanya menjelma
Di kala aku dibelenggu keresahan
Gelisah mengungguli diri
Yang tiada berpenghujung

Mujur ada teman
Masih setia menanti
Masih setia disisi
Menemani dan menyayangi diri ini......