Kawan2,
Selalunya saya menulis dengan menggunakan bahasa Inggeris sehingga saya agak kekok untuk menaip dalam bahasa Melayu...(masih lagi kekok ketika menulis artikel ini)....adakah kita berbangga dengan bahasa ibunda kita.
Setiap kali saya ke luar negara, terutama negara2 yang tidak menggunakan inggeris sebagai bahasa perantaraan....saya menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dan saya akan menyalahkan rakyat negara tersebut kenapa tak mahu belajar bahasa inggeris...kan senang nak melayan pelancong macam saya...
tapi dari satu sudut lain, saya kagum dengan keyakinan mereka yang sangat berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Dan sikap mereka ini membuatkan saya malu pada diri sendiri yang kadang kala terlupa menggunakan bahasa ibunda saya. Secara logiknya, kalau anda datang ke tempat saya, anda perlu menggunakan bahasa saya untuk berkomunikasi. dan begitu jugak sebaliknya..
Pengalaman saya di France, Jepun dan German, semasa saya sibuk menggunakkan inggeris untuk mencari arah atau bertanya harga barangan,mereka buat tak tahu je sehingga saya menggunakkan bahasa melayu dan terus diorang respon dan diorang tanya, Do u speak english? barulah diorang layan saya sebab diorang sedar saya memang tak tahu bahasa mereka.
Semasa di Filipina, pemandu teksi memarahi saya dan rakan2 kerana bercakap inggeris dengan nya...Dia kata, kami orang muda berlagak , tak nak guna tagalog, sibuk guna Inggeris....selepas saya terangkan yang kami semua orang malaysia, baru dia ok ... kejadian yang sama berlaku di Bangkok..(nak buat cemana, profile saya sama je dgn orang thai dan filipine)..
Di sini, Kuala Lumpur , kebanyakan restoran di pusat2 membeli belah atau hotel2 mengambil orang luar bekerja sebagai pelayan. Pelayan2 ni tak tahu pun berbahasa melayu. nak minta menu dalam bahasa melayu pun tak faham dan mereka bekerja di Malaysia. Kalau kita bekerja di France contohnya dan menjadi pelayan..sah2 lah kena belajar bahasa france...sedangkan pergi Indonesia pun kita dah terikut2 bahasa sana...
tapi kat sini, kita ok je dengan pekerja2 luar yang tak tahu langsung berbahasa melayu. Kita masih layan mereka ini dalam inggeris..
KITA SEBENARNYA BERBANGGA YANG KITA FASIH BERBAHASA INGGERIS TAPI TIDAK SEDIKIT PUN RASA MALU SEKIRANYA BAHASA MELAYU KITA TONGGANG LANGGANG...DAN KITA MASIH MENGAKU KITA RAKYAT MALAYSIA YANG BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA RASMI???
Tidak mustahil generasi akan datang terus lupa berbahasa Melayu dan hanya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris...
FIKIR2 KAN LAH....PERINGATAN UNTUK SAYA DAN ANDA SEMUA...
3 comments:
betul; betul betul... camana lah nak ajar bebudak nie cakap melayu ngan betul.. InsyaAllah they will catch up when we get back in Malaysia.. hopefully
hmmm..takpe2,bahasa melayu kedah pun ok.asalkan jgn lupa our mother tongue..
sebenarnya orang kita ni terlalu kebaratan yang tahap melampau,kononnya kalau kebaratan tu macam moden dan maju,kalau tak cakap BI macam mundur dan kolot.selagi ada bende disuap dari barat semua kita terima.patutnya kita kena martabatkan identiti budaya kita,saya dulu selalu chat ngan kawan org italy .KFC pun dia tak tau apa,sebab kat tempat dia tak laku la makanan american fast food segala bagai.dorang orang italy sgt bangga makanan local dorang.lepas tu plak dorang ni tak suka sgt america,sbb dorang rasa bangsa italy ni lebih bijak pandai dari america.yelah kalau tgk pun all the finest thing dari italy,kereta ferrari,designer armani versace gucci you name it,valentino rossi .empayar roma....
orang kita kalau kfc,mcd starbucks penuh sentiasa.yang kaya siapa?yahudi.tanpa sedar kita membiarkan orang kafir menjajah minda dan pemikiran kita
check out the AJL illuminati theory http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/
.sungguh mengejutkan.tak heran pun.sponsor utama loreal.yahudi.mahu merosak akidah orang islam secara halus atas tiket meraikan anak seni.sungguh mengerikan tapi inilah realitinya orang kita yang lalai
Post a Comment